
Mencipta Pangkalan Data Baru
Apabila anda klik link Create a new file..., satu paparan menu bagi fail baru akan dipaparkan seperti di bawah. Terdapat beberapa pilihan untuk fail baru antaranya adalah
• Blank data access page
• Project using existing data
• Project using new data
• From existing file
Bagi pengguna baru sila klik pada Blank Database untuk mencipta pangkalan data baru.
• Cipta satu folder untuk menyimpan pangkalan data tersebut dengan klik pada Save in:
• Taipkan nama pangkalan data tersebut pada ruang File name dan klik
Paparan Skrin
Database Window
Database window akan menguruskan kesemua objek yang terdapat dalam pangkalan data. Paparan default bagi Database Window merupakan paparan senarai pilihan mencipta Table baru bagi objek Table.
Objek-objek di dalam Access
Tables
Mengandungi data asas yang berada di dalam medan/field dan setiap medan bagi jadual akan didefinisikan Table Design View.
• Rekod – satu baris data dalam jadual
• Medan – Lajur dalam jadual
• Nilai data – elemen data yang terkandung di dalam sel persilangan di antara rekod dan medan.
Queries
Queries membolehkan sebarang pertanyaan ke atas data di dalam pangkalan data. QBE (Query By Example) digunakan untuk memilih medan, menyusun data, memilih rekod berdasarkan syarat pada kriteria. Hasil Query boleh digunakan untuk datasheet, form dan report.
Forms
Membolehkan anda memaparkan data daripada jadual atau query dalam bentuk yang lebih berstruktur dan bergrafik serta mudah dibaca. Form boleh digunakan untuk masukan data atau disetkan sebagai paparan sahaja. Di sini Form juga merupakan antaramuka bagi Access.
Reports
Report digunakan untuk menganalisa data, membuat pengiraan dan membuat ringkasan data, dan selalunya digunakan untuk menghasilkan dokumen bagi cetakan.
Macros
Macros digunakan untuk menghasilkan satu aturcara pendek (makro) yang disimpan di dalam pangkalan data untuk pengolahan pangkalan data yang lebih baik. Ia membolehkan tugas-tugas pangkalan data seperti memaparkan kotak utusan, mengesahkan kesahihan data dan sebagainya.
Terdapat 49 aktiviti di dalam Macros. Macro boleh dikaitkan dengan report dan form seperti membuka form, klik butang etc.
Modules
Modules digunakan untuk menulis kod program untuk pangkalan data Access dengan menggunakan VBA (Visual Basic for Application).
_________________________________________
Ini merupakan pengenalan awal untuk Ms Access 2003. Post seterusnya adalah berkenaan bagaimana untuk kita mencipta jadual menggunakan objek table.
No comments:
Post a Comment